Thursday, November 11, 2010

Ahli Lembaga Pengarah, The RIGHTS Multimedia Berhad di kehendaki

The RIGHTS Multimedia Berhad (850720 - W) merupakan syarikat awam di bawah Projek GENOME X yang telah dilancarkan pada 17 Jan 2008. 

Ia merupakan sebuah konsortium ICT dan Multimedia usahawan / siswazah dalam bidang-bidang berkenaan dan ia merupakan sebuah konsortium FOKUS INDUSTRI dalam membantu pembangunan usahawan-usahawan The RIGHTS lain.

Antara perananan yang akan diberikan kepada konsortium ICT dan Multimedia ini adalah untuk menyediakan komunikasi ICT bagi usahawan The RIGHTS khasnya dan usahawan dan komuniti lain amnya.

Selain itu, konsortium ICT dan Multimedia ini juga diberi peranan untuk memberikan perkhidmatan kepada usahawan-usahawan pembuatan untuk 're-branding' produk-produk mereka termasuk menyediakan kit pemasaran seperti bunting, banner, flyer dan lain-lain dari masa kesemasa.

The RIGHTS Multimedia Berhad kini dalam usahawan untuk menjalinkan usahasama dengan beberapa NGO ICT bagi memantapkan lagi operasi dan sebagainya.

Dengan itu, The RIGHTS Multimedia Berhad memerlukan individu yang mempunyai komitmen tinggi bagi menggerakkan konsortium ini bagi memacu perniagaannya terus berkembang dan berdaya maju.

Kami memerlukan 7 individu yang berkebolehan untuk bersama-sama kami bagi mengisi posisi berikut:

-  Timbalan Ketua Eksekutif
-  Pengarah Pemasaran
-  Pengarah Projek - Multimedia & Animasi
-  Pengarah Projek - Jurutera Perisian
-  Pengarah Projek - Jurutera Perisian
-  Pengarah Projek Am
-  Pengarah Projek Am

Syarat-syarat yang yang diperlukan adalah seperti berikut:

-  Musllim (Lelaki / Wanita)
-  Berumur 25 tahun ke atas
-  Graduan dalam bidang-bidang bersesuaian
-  Sifat-sifat keusahawanan

Kepada yang berminat, sila email resume kepada : therights@rights.com.my dengan menyatakan posisi yang dipohon 

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi The RIGHTS Multimedia Berhad melalui email yang tertera
...The Rights Berhad

No comments:

Post a Comment