Thursday, November 11, 2010

Dari Universiti ke Industri

Sejak kebelakangan ini apabila kerajaan menghapuskan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) dan menempatkan lapan agensi di bawah MeCD di bawah kementerian berlainan, program pembangunan usahawan atau program mewujudkan peluang bagi siswazah dan graduan dalam bidang keusahawanan semakin tidak berada pada situasi yang boleh membantu lepasan IPTA / S untuk menjadikan Perniagaan sebagai satu kerjaya.

Atas dasar itu, Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) telah mendapat mandat daripada YAB Perdana Menteri untuk mewujudkan Pusat Sehenti bagi menangani masalah usahawan dan bakal-bakal usahawan pada masa kini dan akan datang.  Namun sehingga kini tempat yang dicadangkan untuk dilaksanakan sebagai Pusat Sehenti ini masih belum diputuskan.

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah penyelesaian dengan menempatkan semua wakiil kementerian dan agensi serta pembiaya di satu tempat dan semua masalah boleh diselesaikan dengan hadir di Pusat Sehenti ini.  Dan jika di Pusat Sehenti ini tidak dapat menyelesaikan, pihak GABEM akan memanjangkan permasalahan tesebut di peringkat yang lebih tinggi lagi.

The RIGHTS juga turut akan membantu dalam menggerakkan Pusat Sehenti ini bagi membantu usahawan-usahawan The RIGHTS yang mempunyai masalah perniagaan dan sebagainya agar dapat di bantu supaya mereka dapat meneruskan perniagaan dengan lebih baik dan teratur.

Oleh kerana, Pusat Sehenti nanti tidak menawarkan Peluang-Peluang Perniagaan Baru, The RIGHTS mengambil inisiatif untuk memilih usahawan-usahawan berjaya di bawah Badan Afilisasi GABEM dan usahawan-usahawan The RIGHTS yang bersedia untuk menawarkan tempat LAIIHAN PRAKTIKAL, PELUANG PERNIAGAAN atau RAKAN PINTAR atau mungkin juga PELUANG PEKERJAAN kepada para Siswazah / Graduan.

Peluang ini juga dibuka kepada BELIA dan BELIAWANIS yang bersedia untuk menceburkan diri dalam bidang-bidang yang mereka pilih berdasarkan kepada penawaran dari masa ke semasa.  Peluang-peluang perniagaan boleh di lihat di laman web rasmi The RIGHTS.

Sebagai langkah awal, The RIGHTS akan menganjurkan satu program berbentuk SEMINAR PELUANG-PELUANG PERNIAGAAN di Menara Usahawan, Putrajaya pada 24 Jun 2010.  Beberapa peluang perniagaan yang telah dipilih untuk ditawarkan kepada para peserta.  Turut serta dalam program ini adalah Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agro Bank untuk memberikan kefahaman berkaitan dengan pembiayaan Kewangan Mikro.

Pelbagai perluang perniagaan ditawar dan ini adalah sebahagian kecil daripada peluang yang ada, dan jika program ini berjaya, program yang lebih besar telahpun dirancang pada 2011 di Putrajaya dan diikuti di Zon Utara, Zon Pantai Timur dan Zon Selatan.

Oleh itu, The RIGHTS mengharapkan Siswazah / Graduan / Belia / Beliawanis mendaftar ke The RIGHTS dengan memajukan maklumat berikut untuk jemputan rasmi selain maklumat dan peluang perniagaan / pekerjaan baru yang akan ditawarkan dari masa kesemasa.  Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:


    -  Nama penuh mengikut kad pengenalan :
    -  Nombor Kad Pengenalan :
    -  Alamat surat menyurat :
    -  Npmbor telefon :
    -  Alamat email :

Semua maklumat hendaklah di hantar ke The RIGHTS melalui:


    -  Email : therights@rights.com.my 

Maklumat yang diperolehi akan di daftarkan kedalam sistem dan email akan dihantar kepada yang telah mendaftar, peserta dikehendaki log in di laman web rasmi The RIGHTS dan mengemaskini profile mereka dari masa kesemasa.

Dengan pendaftaran tersebut, segala maklumat PELUANG PERNIAGAAN / PEKERJAAN / KURSUS / SEMINAR / PAMERAN akan dihantar melalui email oleh The RIGHTS dari masa kesemasa, dan ini akan memberikan pendedahan maklumat mengenai perkara yang disebut tadi tanpa gagal.

...The Rights Berhad

No comments:

Post a Comment