Thursday, November 11, 2010

INFORMASI :DARI MEJA PRESIDEN 28 : The RIGHTS bukan hak individu

Assalammualaikum WBKT,

Sejak malam tadi saya tidak dapat tidor kerana memikirkan beberapa perkara yang menghantui fikiran saya dan saya sendiri tidak tahu hendak memulakan kata-kata saya dalam ruangan ini.

Sejak beberapa hari ini saya diajukan dengan pelbagai soalan daripada mereka-mereka yang sering bertanyakan kepada Ketua-Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga The RIGHTS di seluruh negara bahawa The RIGHTS adalah saya punya.

Untuk maklumat, The RIGHTS bukan sesiapa punya tetapi semua usahawan-usahawan The RIGHTS dan mungkin tidak lama lagi menjadi milik ORANG ISLAM / MELAYU bukan sahaja di negara ini tetapi di seluruh rantau.

Jika di lihat, Ahli Lembaga Pengarah The RIGHTS merupakan Ketua-Ketua Eksekutif The RIGHTS Negeri dan The RIGHTS fokus industri dan semua adalah pemegang saham di dalam The RIGHTS Berhad.  Manakala Ahli Lembaga The RIGHTS Negeri terdiri daripada anak-anak negeri berkenaan, dan manakala The RIGHTS di kawasan, Ahli Lembaganya terdiri daripada komuniti di kawasan atau dari kawasan yang sama.

The RIGHTS adalah hak milik komuniti atau masyarakat perdagangan Islam / Melayu bukannya hak milik saya, atau hak milik keluarga.

Dan seperkara lagi yang sering diperkatakan, The RIGHTS seperti syarikat Pemasaran Bertingkat (MLM).  Jika demikian, syarikat The RIGHTS hanyalah satu bukan 25 seperti sekarang. 

The RIGHTS merupakan PENJENAMAAN, dan setiap syarikat mempunyai entiti dan Ahli Lembaga Pengarahnya sendiri.  The RIGHTS juga tidak menjalankan Pemarasan Bertingkat (MLM) dan hanya menjalankan perniagaan konvensional seperti pertanian, penternakan, pengilangan, perkhidmatan, pemborongan, pengedaran, peruncitan dan program-program ilmu keusahawanan selain membantu kerajaan mewujudkan dan mengekalkan usahawan-usahawan supaya mereka terus berdaya saing dan berkembang.

The RIGHTS adalah landasan kepada usahawan atau bakal usahawan MENCARI PELUANG, MEMASARKAN PRODUK, PEMBANGUNAN PRODUK serta meneroka PELUANG-PELUANG BARU.  Oleh sebab itu The RIGHTS bekerjasama dengan banyak NGO seperti GABEM, MAFPA, DPMM, PERKASA, MPM, GPMS dan lain-lain.  The RIGHTS juga berusaha sama dengan beberapa SEKTOR KORPORAT dan IPTA/S selain itu sangat bekerjasama dengan semua Kementerian dan Agensi Kerajaan malah dengan beberapa PERBANKAN.

Tujuan utama adalah untuk menyalurkan seberapa banyak input kepada usahawan dan bakal usahawan dan seterusnya membantu mereka untuk memilih perniagaan yang sesuai dengan keupayaan dan kemampuan mereka.

Polisi The RIGHTS sangat mudah, JIKA KITA MAHUKAN BANTUAN, KITA TERLEBIH DAHULU MESTI MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN dan KEMAHUAN.  Kerana tidak ada orang akan membantu kita jika kita sendiri tidak membantu diri kita.

The RIGHTS bukan BADAN KEBAJIKAN yang mampu menyediakan semua kemudahan dan fasilitas kepada usahawan atau bakal usahawan, mereka yang ingin menjadi usahawan harus menyumbang dan mereka akan dapat apa yang mereka sumbang.  Ramai daripada kita, tidak mahu keluar waima 1 sen pun, tetapi mahukan berjuta-juta, adilkah kepada The RIGHTS atau agensi-agensi yang ditubuhkan untuk membantu?

Kita akan dapat berdasarkan apa yang kita sumbang, tetapi jangan ingat The RIGHTS adalah syarikat SKIM CEPAT KAYA, tiada dalam kamus hidup saya dan semua The RIGHTS dalam kita menjalankan perniagaan ada jalan pintas, kalau adapun mungkin 1 dalam 1 juta.  Jadi mengapa kita harus memilih jalan 1 dalam sejuta?  Sebab dalam Islam sendiri telah dinyatakan bahawa 9 dari 10 rezeki itu datang daripada perniagaan, jadi sebegitu banyak rezeki dalam perniagaan kenapa kita harus memilih jalan yang sukar.

Tujuan The RIGHTS diwujudkan sangat mudah,

Pertama, untuk mewujudkan lebih ramai CEO-CEO di syarikat awam dan kemungkinan nanti diharap ada sebahagianya boleh membawa syarikat-syarikat mereka di SENARAI AWAM.  Ini berdasarkan statistik terkini orang ISLAM / MELAYU hanya ada 20% saya yang menjawat jawatan CEO itupun kebanyakkannya syarikat milik kerajaan, CEO yang dibayar gaji bukan CEO yang empunya syarikat.  Berbanding bangsa lain di Malaysia yang mempunyai 80% dan kaum Cina memegang 74% yangmana sebahagian besarnya adalah empunya syarikat.

Kedua,  Mewujudkan jawatan-jawatan profesional bagi seperti Pengarah Perakaunan, Pengarah Perhubungan Korporat, Pengarah Sumber Manusia, Pengarah Latihan, Kebajikan & Sukan, Pengarah Pemasaran dan Pengarah Projek.  Lagi banyak The RIGHTS diperbadankan, lagilah banyak peluang pekerjaan kepada graduan dan siswazah akan dapat diwujudkan.  Ini berdasarkan statistik suku penggal pertama 2007 Malaysia telah mempunyai lebih 300,000 yang tidak mempunyai pekerjaan atau bekerja di bawah kelayakan.  Ditambah pula dengan pengeluaran setiap tahun daripada IPTA / IPTS yang mencecah 150,000 setiap tahun manakala pelajar yang hanya tamat PMR / SPM / STP hampir 350,000 setahun, maka beban kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka sangatlah terhad.

Dan ini menjadi objektif, dengan memperbanyakkan The RIGHTS ia bukan sahaja menjana peluang pekerjaan dan perniagaan tetapi kesan atau impaknya juga akan dapat dirasakan di kawasan-kawasan yang The RIGHTS beroperasi.  Tanah-tanah dapat diusahakan, perniagaan-perniagaan baru dapat dibuka, kawasan kilang atau industri dapat digunakan dan yang paling penting Siswazah dan Belia tidak perlu keluar ke bandar setelah tamat belajar kerana dikampung atau di kawasan mereka, mereka boleh meyumbang bakti daripada apa yang diperolehi semasa belajar.

Ketiga,  Orang Islam / Melayu di negara ini semakin lemah, ini kerana pertentangan pendapat tentang Agama, tentang Politik malah Penyatuan Islam dan Melayu dilihat tidak ada titik pertemuan untuk duduk semeja.  Jika ini berterusan, apa yang harus kita katakan kepada generasi akan datang kenapa Malaysia tergadai, kenapa Agama Islam tidak bersatu dan yang paling sedih kita hanya mewariskan kemiskinan dan kepapaan kepada anak dan cucu kita.

Apakah kita mahu, meninggalkan dan mewariskan kemiskinan ini kepada anak dan cucu kita?  Jangan sampai anak dan cucu kita tidak mahu lagi sedekah waima Al-Fatihah kepada kita kerana kemiskinan mereka nanti yang diwarisi daripada kita.

The RIGHTS mencari jalan bagaimana ia dapat menyatukan orang Islam / Melayu tanpa syak wasangka, tanpa curiga, tanpa was-was... melalui landasan (sistem) yang The RIGHTS sedang laksanakan. 

Namun sehingga kini, The RIGHTS berjalan di atas landasannya sendiri, hanya berpayung kepada Lillahitala, niat hanyalah untuk membantu orang Islam / Melayu lain dan dengan ini The RIGHTS akan dapat dua perkara, PERTAMA PAHALA dan BARAKAH, KEDUA KEUNTUNGAN... Insya-Allah.

Sokongan dan Kerjasama,  Alhamdulillah setakat ini The RIGHTS mendapat kerjasama banyak pihak terutama daripada NGO-NGO yang ingin bekerjasama untuk membantu ahli-ahli mereka begitu juga dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia (Putrajaya) yang sentiasa memberikan kemudahan kepada The RIGHTS dan usahawan-usahawan The RIGHTS menggunakan kemudahan dan fasilitas di Business Advisory Council (BAC), begitu juga dengan tajaan makanan dan tempat bagi usahawan-usahawan yang hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat MITI - Putrajaya.  Kakitangan MITI - Putrajaya sangat mesra dan saya berbangga mereka-mereka itu berada di sana terutama YBhg Dato' Abdul Ghafar Musa, Pengarah Kanan di sana.

Saya berharap akan banyak pihak yang sudi menghulur tangan bersama-sama The RIGHTS untuk memajukan ekonomi Islam / Melayu di negara ini, bahkah dengan program ini Agama Islam dan Bangsa Melayu akan diletakkan di peta dunia sebagai Agama dan Bangsa yang berjasa dan berjaya.

Wassalam,

HARIS FADZLAH MAT ALI
Presiden - The RIGHTS Bhd
www.rights.com.my

No comments:

Post a Comment