Thursday, November 11, 2010

INFORMASI :Penjenamaan Semula Kedai Runcit ke Kedai Rakyat (RIGHTSHOPPE)

PENGENALAN

Kedai Rakyat "RIGHTSHOPPE" bukan sahaja terdiri dari kedai-kedai baru, namun Kedai-Kedai Runcit Bumiputera sedia ada juga akan diberikan peluang untuk melakukan penjenamaan semula sebagai juga sebuah KEDAI RAKYAT.

Ini kerana Kedai Runcit atau Pasar Mini Bumiputera ada hampir 20,000 namun kebanyakkannya berniaga secara individu dan bersendirian menjadikan mereka mangsa kepada pemborong selain menjadi mangsa kepada pembangunan Hipermarket yang sedang menghampiri mereka.

Penjenamaan semua ini juga akan memberi peluang kepada peruncit sedia ada untuk bersama-sama The RIGHTS bagi memastikan survivaliti usahawan runcit Bumiputera terus kekal di seluruh negara.

PERLAKSANAAN

Untuk menyertai program ini, usahawan hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:

* Hantar Permohonan.  Menghantar maklumat perniagaan melalui email ke : therights@rights.com.my dan maklumat yang dikehendaki adalah seperti berikut:
          o Nama penuh pengusaha.
          o Nama dan alamat perniagaan.
          o Jika ada gambar sila hantar gambar.
          o Laporan audit terakhir (jika ada).
          o Sedikit ringkasan perniagaan.

* Lawaan Ke Premis.  Kakitangan The RIGHTS akan melawat ke premis perniagaan dan membuat penilaian terhadap perniagaan yang ada.
 
          o Situasi kedai.
          o Peluang pengembangan.
          o Bantuan diperlukan.

* Perjanjian.  The RIGHTS dan peruncit akan memasuki satu perjanjian kerjasama.

* Pinjaman (Jika Perlu).  The RIGHTS akan membantu untuk membolehkan peruncit untuk mendapatkan tambahan modal bagi tujuan-tujuan tertentu sepertimana yang telah dibuat oleh The RIGHTS sewaktu lawatan ke Premis, antaranya adalah untuk:
 
          o Papan tanda
          o Point of Sales / Software / Kad Reader / Internet
          o Ubahsuai minima.
          o Tambahan peralatan minima.
          o Tambahan produk.

Jika usahawan mempunyai modal sendiri tidak memerlukan sokongan pinjaman, The RIGHTS terus akan melaksanakan tindakan seterusnya.

* Renovasi.  The RIGHTS akan mula memasang dan menjalankan tugas untuk merenovasi premis perniagaan serta memasang serta menguji sistem POS berfungsi sepertimana yang dikehendaki.  The RIGHTS juga akan mengisi barangan jualan tambahan bagi melengkapkan kedai tersebut.

* Latihan.  The RIGHTS dalam waktu renovasi akan memberikan latihan kepada peniaga serta kakitangan yang ada berpandukan kepada Prosedur Tetap Pengurusan (SOP).

FAEDAH

Pelbagai faedah akan diperolehi oleh usahawan peruncitan yang mengikuti program penjenamaan semula seperti:

    * Bekalan produk yang konsisten serta harga yang berpatutan.
    * Pengiklanan dan promosi berpusat dan berterusan.
    * Penambahan pelanggan dengan loyalty program The RIGHTS.
    * Mengembangkan perniagaan bagi lokasi-lokasi baru.

SASARAN

The RIGHTS, sebagai permulaan akan memilih beberapa premis kedai runcit / pasar mini di setiap kawasan dan program ini akan dikembangakan kepada secara berperingkat-peringkat dan menjadi sasaran The RIGHTS untuk membuat penjenamaan semula ini 100 kedai bagi setiap negeri di seluruh negara.

Permohonan telahpun dibuka mulai sekarang dan semua yang berminat boleh menghubungi The RIGHTS dengan segera bagi tujuan rekod dan keutamaan proses.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di alamat seperti berikut:

The RIGHTS Berhad

No comments:

Post a Comment