Thursday, November 11, 2010

INFORMASI :Seminar Bimbingan Usahawan Online @ eCommerce

PUTRAJAYA 20 Okt - The RIGHTS Multimedia Berhad akan menganjurkan seminar bagi membimbing usahawan-usahawan mengenai teknik pemasaran & pengurusan perniagaan secara online. Seminar yang dianjurkan akan dibuat secara intensif bagi mewujudkan usahawan-usahawan yang bersekala kecil / SOHO / separuh masa untuk berpeluang memperolehi pendapatan yang berterusan tanpa mengeluarkan kos yang besar tetapi mempunyai jariangan pasaran dalam dan luar negara.

Bagi setiap seminar akan dihadkan kepada 20 peserta sahaja yang bagi setiap penganjuran bermula dengan bengkel pertama yang akan dilaksanakan pada akhir bulan Oktober ini yang bertempat di Menara Usahawan, Presint 2, Putrajaya.

Program intensif ini akan memberi pendedahan mengenai peluang perniagaan dan jaringan pemasaran dengan menggunakan Internet. Selain itu usahawan-usahawan yang telah menjalankan perniagaan serta mempunyai produk dan perkhidmatan untuk diperluaskan pasarannya.

The RIGHTS Multimedia juga akan membantu memasarkan produk dan perkhidmatan yang telah dihasilkan oleh usahawan melalui rangkaian dan jaringan yang telah disediakan.  Selain itu, The RIGHTS Multimedia juga akan membantu para usahawan untuk mendapatkan beberapa kemudahan seperti geran dan sebagainya kepada yang layak bagi tujuan promosi dan pengiklanan.

Kepada yang berminat untuk menghadiri seminar ini, maklumat lengkap dan borang penyertaan boleh diperolehi dengan menghubungi En Shah melalui email : therights@rights.com.my

...The RIGHTS Multimedia Bhd

No comments:

Post a Comment