Thursday, November 11, 2010

INFORMASI :Sports Mall Putrajaya akan dibuka Januari 2011

PUTRAJAYA 5 Okt - Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (YOUTH) akan mewujudkan Sports Mall yang pertama seumpamaya di Malaysia dan menjadi Pusat Sehenti semua industri peralatan dan kemudahan sukan.

Sports Mall ini juga adalah bertujuan untuk menyokong Industri Sukan 2011 seperti yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri Malaysia.

Selain itu ia menjadi industri sokongan sukan untuk mengembangkan lagi produk-produk serta perkhidmatan usahawan melalui pelbagai program yang telah diaturkan sepanjang tahun.

The RIGHTS telah diberikan perananan untuk membantu YOUTH mengisi ruang-ruang premis perniagaan yang ada dengan usahawan serta industri yang bersesuaian dengan Sports Mall ini.

Antara industri yang boleh mengambil tempat untuk berniaga di Sport Mall ini seperti Kafetaria, Makanan 7 Minuman, Pusat Kesihatan dan Sukan, Runcit dan sebagainya.

Sport Mall ini merupakan 9 storey office & retail complex, 18 net floor area (NFA) dan 374 tempat letak kereta.  Ia juga dilengkapi Lir, Excalator, Keselamatan, Washroom, Hentian Bas, Parking Bay dan Business Park.

Sports Mall ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya menjelang Januari 2011.  Oleh itu, The RIGHTS menjemput para usahawan The RIGHTS untuk mengambil peluang yang wujudkan ini untuk melihat satu-satu Mall yang diberikan keutamaan kepada usahawan Bumiputera.

The RIGHTS dan YOUTH akan mengadakan satu lawatan tapak untuk memperkenalkan lokasi Mall ini kepada yang berminat.  Oleh itu, sila hantar maklumat seperti berikut untuk memudahkan The RIGHTS mengatur dan menyediakan proses lawatan tapak nanti:

-  Nama Penuh
-  No. Kad Pengenalan
-  No. Telefon
-  Alamat email
-  Alamat surat menyurat
-  Nama Syarikat
-  Jenis Perniagaan

Maklumat hendaklah dihantar kepada The RIGHTS melalui email : therights@rights.com.my

No comments:

Post a Comment