Thursday, November 11, 2010

Kenapa KEDAI RAKYAT : RIGHTSHOPPE sangat perlu apabila subsidi dihapus menjelang 2020

Menjelang 2020 iaitu tidak sampai lagi 10 tahun untuk kita menjadi negara maju dengan pendapatan USD 15,000.  Itu adalah menjadi sasaran kepada kerajaan setelah semua rakyat Malaysia bersetuju dengan Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri YBhg Tun Mahathir Mohamed.

Di atas penerimaan itu, kita tidak boleh lagi menolak kemajuan dengan menjadikan 2020 sebagai sasaran yang harus dituju sama ada kita suka atau tidak.

Begitu juga kakitangan kerajaan, awam dan swasta mahu tidak mahu terpaksa menerima keputusan yang kita telah buat bagi mencapai negara maju.  Kerajaan atau majukan akan sedaya upaya untuk meningkatkan pendapatan mereka bagi membolehkan kakitangan kerajaan / swasta mendapat pendapatan lebih dengan pembayaran upah atau gaji yang lebih tinggi seiring dengan sasaran negara maju pada tahun 2020.

Manakala kakitangan awam / swasta harus mengurangkan perbelanjaan harian mereka tanpa perlu mengurangkan makanan dan keperluan lain untuk keluarga mereka kerana kakitangan awam / swasta tidak dapat memperolehi lebih pendapatan seperti yang diterima setiap bulan.  Tetapi kakitangan swasta mungkin lebih bernasib baik jika mereka diberi untuk bekerja lebih masa dan ini juga boleh menyumbang kepada pendapatan yang lebih.

Cara yang ada untuk menambah pendapatan adalah dengan mendapatkan barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah dengan ini perbelanjaan akan dikurangkan dan kakitangan awam dan swasta mempunyai lebihan tunai untuk disimpan.

Bagaimanakah caranya?

Jika kita mahukan produk harian seperti beras, gula, tepung, sayuran, ikan dan sebagainya dengan lebih murah, ialah dengan kita sendiri membeli daripada pemborong / pengilang.  Namun tetapi pemborong dan pengilang tidak akan menjual produk secara runcit, jadi bagaimanakah kita harus mendapatkan barangan itu?

Oleh sebab itu The RIGHTS mewujudkan KEDAI RAKYAT "RightShoppe" yang akan diwujudkan di seluruh negara.  Kedai ini adalah dimiliki oleh Kakitangan Awam / Swasta / Komuniti kerana kedai ini dibangunkan dengan sumbangan daripada komuniti (kakitangan awam / swasta / masyarakat).

Disebabkan kedai ini adalah kedai komuniti (KEDAI RAKYAT) ia boleh membeli barangan terus daripada pemborong atau pengilang dan produk yang diperolehi juga akan mendapat harga yang lebih murah dan berkualiti. 

Apakah kelebihan KEDAI RAKYAT ini dan bagaimana ia membantu masyarakat?

Oleh kerana ia KEDAI RAKYAT, ia berfungsi sebagai TEMPAT MEMBERI PERKHIDMATAN kepada KOMUNITI untuk mendapatkan barangan harian mereka pada harga yang LEBIH MURAH, bukan HARGA DISKAUN, bukan HARGA AHLI tetapi ia akan dijual pada HARGA KOS.

Kita sebagai pengguna seharusnya bertindak bijak bagi menangani masalah kenaikan harga barangan di pasaran, kita tidak boleh mengharapkan kerajaan dan pasaraya untuk menjamin harga tidak akan dinaikkan.  Kita sebagai pengguna mestilah bertindak dan berusaha jangan hanya sekadar berteriak dan bertempek dengan menuding jari kepada semua orang.

Kita seharusnya mengekang perkembangan aktiviti orang tengah (PEMBORONG) yang sering memanipulasi situasi dan mengambil kesempatan di atas kesusahan kita.  Mereka akan mendesak kerajaan dan cuba memboikot dengan apa cara sekali pun dan kemudiannya kerajaan terpaksa mengalah dan bebanan tersebut akan diletakkan di atas bahu kita.

Pemborong juga menjadi DALANG untuk menyekat produk Muslim / Bumiputera daripada masuk ke pasaran terutama di kedai-kedai runcit dan menjadikan kedai runcit sebagai tempat melonggokkan sampah  termasuk sampai keadaan mengugut peruncit untuk mengambil dan menjual produk Non Muslim / Produk Non Halal yang diimport dari luar.  Yang kemudiannya yang membeli dan makan produk ini adalah keluarga kita disebabkan produk Muslim / Bumiputera tidak dijual waima kedai runcit Melayu / Bumiputera.

Kita lihat mengenai isu gula, tepung dan minyak, apabila kerajaan menguatkuasakan pengambilan lesen runcit mereka memboikot dengan tidak menjual produk-produk ini.  Walaupun kerajaan tetap berkeras, tetapi kesannya akan dirasai oleh kita sebagai pengguna.

Dan jika mempunyai KEDAI RAKYAT, Insya-Allah masalah ini tidak akan dirasai, kerana kerajaan boleh menyalurkan produk-produk ini di KEDAI RAKYAT bagi membolehkan kita tidak bergantung kepada mereka.

Oleh itu, The RIGHTS menyeru kepada semua masyarakat untuk turut serta dalam program KEDAI RAKYAT yang sedang dijalankan dan sokongan daripada semua sangatlah diperlukan.  Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai KEDAI RAKYAT bolehlah klik disini.

Tuan / Puan juga boleh menghantar email kepada : therights@rights.com.my atau juga boleh menghubungi kami The RIGHTS melalui email berkenaan

...The Rights Berhad

No comments:

Post a Comment