Thursday, November 11, 2010

Kiosk Nasi Lemak Kukus & Ayam Kampung Goreng Berempah

Perniagaan Nasi Lemak Kukus & Ayam Kampung Goreng Berempah "RightChoice" merupakan program melahirkan Usahawan Niaga bagi Produk Ternakan untuk belia dan siswazah.

Program ini juga adalah salah satu dari cabang perniagaan dalam program penternakan The RIGHTS (Terengganu) Berhad dalam usaha menjadikan Negeri Terengganu sebagai Hub Pengeluaran Produk Pedaging.

Masyarakat 1 Malaysia kini mulai mempunyai kesedaran akan keperluan mereka untuk mendapatkan makanan yang berkhasiat dan bebas daripada bahan kimia.
Ayam kampung mempunyai khasiat dan keistimewaan yang tersendiri yangmana kandungan kolestrol yang rendah, manakala kandungan protin yang tinggi.
Ayam kampung yang disediakan telah diternak dengan sistem pemakanan yang Halal dan bebas bahan kimia.

Oleh itu, The RIGHTS kini menawarkan peluang perniagaan ini kepada usahawan-usahawan The RIGHTS, siswazah dan belia untuk mengambil peluang menjalankan perniagaan Nasi Lemak Kukus & Ayam Kampung Goreng Berempah yang akan ditawarkan sedikit masa lagi.

KONSEP

- Satu citarasa untuk 1 Malaysia
- Perniagaan dijalankan dengan menggunakan Sistem Kiosk yang boleh dipindahkan apabila diperlukan berbuat demikian.
- Semua bahan-bahan yang dibekalkan adalah daripada sumber bagi memastikan keseragaman sumbar dan citarasa.
- Bakal-bakal usahawan akan diberikan latihan yang secukupnya bagi memastikan mereka memenuhi prosedur penyediaan makanan.
- Perniagaan dijalankan berdasarkan satu konsep dan satu citarasa.
- Semua peralatan, bahan mentah dan latihan akan dibekalkan oleh pihak The

RIGHTS (Terengganu) Berhad dengan kerjasama The RIGHTS di negeri-negeri dimana usahawan berada.

BAHAN YANG DIBEKALKAN

  Kiosk.
  Pakaian Seragam.
  Dapur Kukus.
  Dapur Goreng.
  Beras terpilih (RightChoice).
  Sambal sejuk beku.
  Ayam kampung berempah sejuk beku.
  Kotak ais.
  Freezer.
  Bunting.
  Bekas nasi bercetak.
  Beg plastik bercetak.

PAKEJ YANG DITAWARKAN

Pakej perniagaan ini akan ditawarkan kepada belia dan siswazah di seluruh negara dengan modal RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu sahaja).  Antara produk yang akan disediakan di dalam pakej ini adalah:

  1 unit KIOSK stainless steel (3' x 6').
  3 set pakaian seragam.
  1 set dapur kukus.
  1 set dapur goreng.
  100kg beras "RightChoice".
  10kg sambal "RightChoice".
  100 ekor ayam kampung berempah sejuk beku.
  1 unit kotak ais.
  1 unit freezer.
  1 set bunting.
  500 biji bekas nasi bercetak.
  500 keping beg plastik bercetak.
  Latihan intensif.
  Pemantauan berkala.

Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini boleh memohon dengan menghantar email ke : therights@rights.com.my dan nyatakan tempat atau lokasi cadangan untuk menjalankan perniagaan.

Bagi yang layak pinjaman melalui Kewangan Mikro boleh di uruskan, untuk mendapat keterangan lanjut boleh menghubungi kami di:

The RIGHTS Berhad

No comments:

Post a Comment