Thursday, November 11, 2010

The RIGHTS - NAZA Bikers akan menjalinkan kerjasama untuk mewujudkan Pusat 3S dan Bikez Cafe

SHAH ALAM, SELANGOR 7 Jul - Deligasi The RIGHTS telah melawat kilang pemasangan motorsikal NAZA di Shah Alam.  The RIGHTS dan wakil UNIKL telah diberikan taklimat mengenai NAZA keseluruhannya dan NAZA Bikers khasnya sebelum mesyuarat kerjasama awal diadakan.

Deligasi The RIGHTS dan UNIKL telah diketuai oleh Presiden The RIGHTS YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali.  Taklimat telah disampaikan oleh YBhg En. Yazid Hallim, Head of Sales & Marketing NBSD, manakala The RIGHTS telah disampaikan oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali sendiri.

Seterusnya perbincangan awal telah diadakan dan NAZA telah diketuai oleh Pengurus Besar Naza YBhg En. Nik Danial Nik Mahmood, Pengurus Besar, NBSD.  Perbincangan kerjasama antara NAZA dan The RIGHTS merangkumi pembangunan usahawan permotoran dan sebagainya, antara perincian perbincangan pembangunan usahawan untuk mewujudkan Pusat Jualan, Servis dan Alat Ganti (3S) dan Bikerz Caffee.

Perbincangan juga meliputi latihan, products knowledge, khidmat selepas jualan serta mekanisma pemasaran serta pengiklanan dan promosi.

UNIKL juga diminta memberikan peranan dalam membantu menyediakan tenaga-tenaga pembentukan usahawan techno terutama dalam industri permotoran.

The RIGHTS juga akan membantu NAZA mengenalpasti usahawan dalam industri pembuatan dalam industri tertentu yang berdaya maju termasuk kemungkinan pembangunan vendor dan sebagainya.

NAZA dan The RIGHTS akan merangka satu strategi perlaksanaan dan rancangan tersebut dengan di terjemahkan pada waktu terdekat ini dan satu Memorandum Persefahaman (MoU) akan dilaksanakan bagi titik permulaan kerjasama.

Sebagai langkah awal, The RIGHTS mensasarkan pembangunan 15 Pusat 3S pada tahun ini, dan tawaran ini akan mula dibuka .

Kepada yang berminat dan ingin memohon diminta memberikan maklumat seperti berikut, supaya maklumat dapat disampaikan dan permohonan sebenar akan dibuka sewaktu seminar tersebut:

    a.  Nama Penuh :
    b.  Nombor Kad Pengenalan :
    c.  Alamat Penuh :
    d.  Alamat Email :
    e.  Nombor Telefon :

Maklumat hendaklah dihantar ke : therights@rights.com.my

...The RIGHTS

No comments:

Post a Comment