Thursday, November 11, 2010

INFORMASI :DARI MEJA PRESIDEN 34 : ... dari UNIVERSITI ke INDUSTRI... Peluang Perniagaan Siswazah / Graduan

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Kita sudah diperkenalkan dengan dengan pelbagai dasar, polisi dan pendekatan bermula dengan Model Baru Ekonomi (MBE), Pemacu Ekonomi Berpendapatan Tinggi (NKEA), Jawatankuasa PEMANDU, MTAB dan yang terkini RMK ke 10.

Namun sehingga kini, nampaknya usahawan Melayu masih lagi mengeluh dan kegelisahan, tidak nampak arah yang hendak dituju dan tiada pokok yang hendak dipaut.  Kegelisahan ini diterjemahkan dengan wujudkan pelbagai forum dan diskusi sehingga terwujudnya resolusi dan kata-kata nakal kerana sudah tidak mampu lagi membendung rasa ketidak puasan hati.

Mereka mengeluh kesah kerana telah kurang projek atau mungkin tidak ada lagi projek yang boleh diperolehi daripada Kerajaan sama ada ia usahawan kontraktor, bekalan, konsultan dan sebagainya malah beberapa syarikat senaraian awam (PLC) Bumiputera juga sama terasa tempias yang sama.

Zaman usahawan bermanja-manja juga sudah tiada, dan yang tinggal hanya zaman dimana siapa kuat dia dapat siapa yang lemah akan terus ditinggalkan.  Usahawan lembik juga demikian, apatah lagi usahawan politik dan usahawan hanya sekadar dilakukan oleh kerana tiada pekerjaan untuk dilakukan.

Manakala siswazah dan belia akan terus dihasilkan dan ini merupakan eset kepada Negara.  Setiap tahun beratus ribu orang akan yang akan keluar ke pasaran mencari peluang, namun kebanyakkan peluang yang ada terpaksa pula bersaing dengan pekerja import dari warga Bangladesh, Mynmar, India dan Cina (dari Negeri China).

Majikan-majikan pulak tidak ramai yang Melayu dan jika adapun majikan lebih suka mengambil pekerja asing kerana ketekunan mereka bekerja selain upah mereka juga sangat murah berbanding pekerja tempatan dan situasi akan menyempitkan lagi siswazah dan belia untuk mendapatkan peluang pekerjaan dan kesudahannya siswazah dan belia terpaksa menjadi pengganggur terhormat dengan menjadikan pusat-pusat membeli belah sebagai tempat menghabiskan masa dan sebahagiannya menjadi penghuni pusat-pusat serenti.

Syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC), juga telah dikongsi dengan orang lain bermula daripada pengurusan tertinggi sehinggalah kepada pencuci tandas juga kita ambil daripada luar Negara, kononnya pekerja tempatan tidak setanding dengan pekerja yang diimport.

Ini semua tidak termasuk yang menjadikan Negara ini sebagai tempat membuang sampah, bukan sahaja di penuhi dengan pendatang haram, tetapi produk-produk daripada Negara China, India, Indonesia dan lain-lain contohnya bersepah-sepah dijual di merata-rata tempat seperti tidak ada kawalan ditambah pula dengan produk cetak rompak membuat pengusaha tempatan terpaksa gulung tikar kerana produk dari China dan beberapa Negara lain lebih murah walaupun kualiti dan banyak perkara lain diragui.

Apakah tindakan dan apakah perlu kita buat?

    * Haruskah kita hanya duduk dan lihat perkara ini?
    * Adakah perlu kita berdialog, berdiskusi dan mencari salah orang itu
      dan ini?
    * Atau kita cuba mencari seribu satu alasan untuk menafikan kegagalan
      kita?
    * Adakah kita harus menyerah kepada takdir untuk menentukan untung
      nasib kita, anak cucu kita, atau bagaimana?

Bila melihat kepada situasi ini, orang Melayu / Islam haruslah bersatu, bersatu untuk membina kekuatan, bersatu mewujudkan peluang, bersatu dalam semua hal waima jika mahu buat yang besar atau yang kecil mestilah difikirkan secara kolektif serta dilaksanakan secara berjamaah (berkumpulan).  Tidak lagi boleh orang Melayu / Islam di Negara ini memikir untuk kepentingan sendiri dan membuatnya secara individu dalam erti kata engkau engkau dan aku aku.

Pemikiran orang Melayu / Islam juga mesti BERTUKAR atau DITUKARKAN supaya tidak ada lagi dengki khianat, tiada lagi syak wasangka dan boleh dikatakan semua perkara yang negatif terhadap bangsa Melayu / Islam mesti ditukar jika kita mahu melihat bangsa Melayu / Islam di Negara yang tercinta ini terus kekal di tangan orang Melayu / Islam.

Pemimpin-pemimpin baik politik, kerajaan, komuniti dan usahawan juga mesti berubah, buang semua perasaan yang tidak baik kepada bangsa Melayu / Islam dalam kotak fikiran, bantulah, tolonglah sebaik mungkin bagi membolehkan orang Melayu / Islam mendapat faedah daripada khidmat kita.

Ingatkan dalam hati dan bermuhasabah diri supaya apa yang kita bantu orang Melayu / Islan akan mendapat pahala dan digandakan Allah SWT seperti sebiji benih yang tumbuh 7 tangkai dan setiap tangkai akan mengeluarkan 100 biji buah, kerana itulah janji Allah SWT dalam surah Al-Bakarah ayat 261, kita wajib percaya kerana itu janji Allah SWT dan jika kita tidak mahu percaya, agak-agaknya siapa lagi yang kita nak percaya?

Kita dijadikan Allah SWT sebagai sebaik-baik makhluk, jadi kita berfikir dan bertindaklah sebaik Allah SWT mencipta kita.  Sebab apa yang kita buat hari ini semua tidak kekal, seberapa banyak wang kitapun tidak kekal, berapa besar kereta kita pun juga tidak kekal, sebeberapa banyak perniagaan kita pun tidak akan kekal, semuanya akan kita tinggalkan kepada anak-anak dan cucu cicit kita.  Jadi seada usia ini jadilah manusia yang memberi...

Bukan mudah untuk membuat satu penghijrahan minda daripada pemikiran lama kepada satu pemikiran baru.  Bila Model Baru Ekonomi (MBE) diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri.  Sesuatu harus dilakukan, sesuatu harus juga dibuat, jika tidak kita (usahawan Melayu) masih ditakuk lama dan sudah pasti kita tidak akan berubah kerana sudah selesa dengan pelbagai kemudahan dan subsidi yang diberikan kerajaan sebelum ini.

Kita sebagai manusia, jika kita berada dalam zon selesa, kita kurang kreatif, kurang menggunakan otak untuk berfikir agar lebih maju dan ditambah pula istilah-istilah seperti “kalau rezeki dah secupak takkan jadi segantang”.  Istilah ini dijadikan alasan untuk membolehkan dia tidak mahu berfikir diluar kotak untuk lebih maju dan untuk dijadikan alasan supaya ia tidak dilihat sebagai pemalas walhal kita mampu untuk berfikir dan menyumbang dalam banyak perkara demi kemajuan diri dan masyarakat.

Bila MBE dan beberapa perkara diluar jangka diperkenalkan oleh kerajaan, saya berfikir saya dan usahawan-usahawan The RIGHTS harus merancang dan bertindak seiring dengan hasrat kerajaan jika mahu menentukan bahawa survivaliti saya dan semua usahawan atau Bangsa Melayu / Islam terus kekal dan turut sama-sama maju bila Negara ini mencapai Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Alhamdulillah strategi dan rancangan tersebut berkesan dan sangat membantu.  Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana ia berada di landasan yang betul dan tepat, namun beberapa perkara harus dilakukan terutama pengorbanan  dan kesukarelaan (volunteerism) selain membina kekuatan ia mesti seiring dengan kreativiti dan inovasi bagi melihat,  mewujudkan serta mengambil peluang.

Projek ... dari UNIVERSITI ke INDUSTRI ...

Berdasarkan kepada kehendak situasi terkini, The RIGHTS memberi peluang juga kepada Siswazah / Graduan / Belia  untuk menjadi usahawan dalam erti kata lain Majikan dalam bentuk baru yang lebih terarah dan tersusun.  Tindakan memilih dan membentuk usahawan-usahawan dari kalangan siswazah / graduan  / belia juga seiring dengan keperluan dan kehendak semasa untuk menuju Negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Asas kepada Projek ini.

Projek ini dijalankan berdasarkan kepada pengalaman dan kajian yang telah dilakukan saya dan The RIGHTS dalam progam-program pembangunan usahawan sejak daripada bersama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) lagi dan antara pengalaman dan masih juga wujud di kalangan usahawan sedia ada seperti;

    * Masih terlalu banyak perniagaan yang dijalankan pada skala kecil dan
      secara persendirian.
    * Kualiti, pembungkusan, perlabelan, pengiklanan, persijilan dan
      kuantiti masih lagi ditahap sederhana dan rendah.
    * Promosi dan Pengiklanan juga amat kurang kerana ia tidak dititik
      beratkan.
    * Rantaian pengedaran juga sangat lemah.
    * Khidmat selepas jualan juga kurang dijaga.

Ini pula adalah sebahagian daripada permasalah yang dihadapi oleh usahawan Melayu sedia ada bila mereka ini mahu digabungkan atau disatukan dibawah inisiatif NGO atau konsortium seperti The RIGHTS juga akan timbul beberapa isu lain seperti;

·         Ada 'sentimental value’ yang sangat kuat sehingga tidak boleh berkongsi (menjual syer) atau berkongsi resepi sesuatu produk kerana terlalu takut akan diciplak atau dicuri.

·         Sentiasa bersyak wasangka dan percaya, jika berkongsi syarikat atau produk akan mengurangkan keuntungan dan sebagainya.

·         Tidak mahu berubah, walaupun cuba diberi peluang kerana masih percaya bahawa rezeki secupak tidak akan jadi segantang.

Saya telah kenalpasti dan mengalami sendiri senario ini, dan jika kita cuba untuk mengubah mereka (usahawan) adalah sangat payah (bukan semua, tetapi kebanyakkan) dan mengambil masa yang lama kerana situasi tersebut telah sangat sebati kepada mereka, malah jika dikenakan sedikit caj (bayaran) untuk membantu mereka pun akan ditanya seribu satu soalan yang kadang kala merimaskan dan membuang masa kerana mereka sudah selesa dengan mendapat percuma sebelum ini.

Saya dan The RIGHTS sudah tidak mempunyai banyak masa untuk melayan semua kerenah tersebut dan tindakan yang harus diambil ialah meninggalkan mereka buat sementara waktu dan memfokuskan pembentukan usahawan-usahawan generasi baru  yang lebih senang dan mudah menerima dan dibentuk selain tidak terlalu percaya kepada slogan-slogan tertentu yang boleh membantutkan perkembangan keusahawanan mereka.

Walaupun begitu, generasi (usahawan) baru ini mestilah dibimbing secara serius dan praktikal disamping memberikan input-input terkini sesuai dengan sasaran dan kehendak untuk menjadi Negara maju menjelang 2020.  Generasi baru ini juga akan dididik untuk berniaga atau menjadi usahawan secara berkumpulan dan diletakkan di bawah The RIGHTS bagi memastikan mereka terus berdaya saing dan sihat.

Boleh dikatankan, The RIGHTS meletakkan semua gabungan siswazah dan belia (kumpulan) ini di dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).  Manakala Kementerian, Agensi, Pembiaya, Universiti berkaitan sebagai doktor yang akan merawat dan The RIGHTS adalah jururawat yang akan sentiasa menjaga dan membelai mereka supaya mereka boleh segera sihat dan berlari.

Bagaimana perlaksanaannya?

The RIGHTS kini sedang mengumpul semua maklumat peluang perniagaan yang sedia ada, perniagaan  yang dijangka boleh memberi  impak yang tinggi kepada usahawan generasi baru ini, antara syarikat-syarikat atau agensi-agensi yang telah dipilih seperti:

    * NAZA Bikes Sdn Bhd.
          o Pusat 3S (Sales, Service dan Sparepart
          o Inkubator penghasilan produk alat ganti.
          o Penghasilan aksesori bagi motosikal Naza, Ducati, Harley dan
            Piagio
          o Bikez Caffe
    * TPM Biotech Sdn Bhd
          o  Pengilangan kontrak produk herba dan kosmetik.
          o Bekalan Tissue Culture.
    * Sidratul Corp.
          o Pengilangan kontrak produk makanan & minuman.
          o Pengilangan kontrak produk Herbal & Kosmetik.
    * PERTIMA Terengganu Sdn Bhd.
          o Pengilangan Kontrak Mengetin Ikan.
    * Natural Wellness Industries Sdn Bhd.
          o Pengilangan kontrak perubatan, pharmaceutical dan kosmetik.
    * Halagel
          o Pengilangan kontrak
    * SIRIM Berhad
          o Pengilangan kontrak Kosmetik dan Herba
    * Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (R & D) Universiti.
          o Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ada lebih daripada 300
            produk.
          o Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah lebih daripada 400
            produk.
          o MDEC adalah lebih 200 produk.
          o Dan banyak lagi agensi yang akan diperolehi dari masa kesemasa.
    * SAPURA Industries Berhad
          o Pengedar alat ganti kereta
    * Zull Design
          o Menternak ikan siakap (dalam kolam fiber)
          o Pelbagai mesin & elektronik
          o Pengedar minyak pelincir

Ini baru sebahagian daripada yang saya senaraikan daripada beberapa syarikat dan university, dan jika dikumpul kesemuanya saya fikir beribu malah mencecah puluhan ribu peluang perniagaan dalam industry pembuatan sahaja.

Semua produk yang dihasilkan telahpun mempunyai piawaian antarabangsa dan jika usahawan generasi baru ini mengambil peluang dengan mengkormesilkan  produk-produk daripada mereka-mereka di atas sudah pasti produk yang dihasilkan tidak menjadi masalah untuk dipasarkan sama ada diperingkat dalam dan luar Negara.

Manakala banyak lagi peluang perniagaan dalam sektor perkhidmatan yang boleh diwujudkan dengan sedikit kreativiti sebagai contoh;

    * One stop centre (call centre) bagi memberi perkhidmatan seperti memasang aircond, eletrikal, astro, pembaikan paip, mencuci tangki, memasang perabut dan banyak lagii.
    * Mewujudkan hardware negeri diseluruh Negara dengan menjadikan semua kontraktor kelas F sebagai sasaran dengan mewujudkan kontraktor kelas F sebagai pengusaha produk pembinaan.
    *  Malah juga penternakan ikan keli contohnya, penanaman nangka madu dan sebagainya.
    * Mobil SPA
    * Pasaraya Wanita
    * Peruncitan
    * Restoran & Cafe
    * Malah beribu lagi peluang perniagaan dalam bidang perkhidmatan yang boleh saya senaraikan.

Begitu juga dengan peluang perniagaan dalam penternakan dan pertanian,  usahawan generasi baru ini tidak perlu lagi bersusah  payah atau tidak perlu minta mereka pergi menanam atau menternak kerana mereka ini professional tetapi pastikan mereka menguruskan petani dan penternak, mereka harus membangunkan industri hiliran bagi membantu penternak dan petani.

Jika jaringan ini berlaku, saya tidak fikir orang di kampung atau di pendalaman serik untuk turut serta dalam industry pertanian dan penternakan ini.

Apa yang berlaku sekarang, petani dan penternak tidak mendapat pulangan daripada aktiviti yang laksanakan menyebabkan mereka menjadi serik untuk bercucuk tanam secara komersil kerana apa yang dijanjikan sering tidak ditepati oleh pembuat janji.  Petani dan penternak terus menjadi mangsa kepada agensi-agensi yang kononnya dapat membantu mereka.

Bila kita bercakap Negara berpendapatan tinggi, usahawan generasi baru ini akan digalakkan atau mungkin diwajibkan untuk berniaga kumpulan kerana ia boleh memberikan impak yang tinggi kepada program keusahawan itu sendiri selain selain mengurangkan risiko kegagalan.

Dengan proses ini ia akan menyumbang kepada perkembangan Negara dan yang lebih penting adalah sumbangan kepada masyarakat dalam bentuk peluang pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada belia-belia sebagai kakitangan sokongan kepada perniagaan mereka.

Manakala peluang perniagaan yang ada akan diberikan kepada mereka adalah berdasarkan minat selain kepada kajian pasaran yang telah dilakukan oleh The RIGHTS supaya perniagaan yang diusahakan oleh kumpulan usahawan muda ini mendapat pulangan yang lumayan dan berpanjangan bagi membolehkan mereka membayar semula pinjaman bukan sahaja pinjaman pendidikan tetapi juga pinjaman perniagaan yang akan mereka buat nanti.

Kita sudah tiada masa..

Bangsa Melayu / Islam sudah tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersaing di atas landasan yang sama, jika mereka memecut 110 km sejam kita (orang Melayu / Islam) harus memecut 220 km sejam.  Barulah kita mampu untuk sama sampai ke Istana 2020 nanti.  Jika kita masih berangan, masih menadah tangan, masih juga mengharap orang akan bagi, masih juga ingin mendapat simpati jangan mimpi pada tahun 2020 Melayu / Islam akan mampu duduk dan berdiri sama tinggi dengan mereka di Istana itu nanti.  Jangan sampai kita hanya menjadi pencuci tandas, atau hanya menjadi penjaga istana sudahlah.

Kita bangsa Melayu / Islam di Negara ini sudah tertinggal terlalu jauh kebelakang, dan kita hanya boleh kehadapan dengan bersatu, bersatu dalam kerja buat, bersatu pemikiran dan yang paling penting buang sifat KETAM MELAYU...

The RIGHTS juga begitu, saya dan sahabat-sahabat di sini juga sudah tidak mampu untuk memikul beban di belakang, sesiapa yang menjadi beban kami, akan tinggalkan nanti dia ikutlah kemudian, tetapi jika mahu bersama kami, yok kita sama-sama lakukan dan laksanakan.  Kerana sifat kita orang Melayu juga suka menjadi pengikut bukan perintis.

Seperti saya katakan sebelum-sebelum ini, JANGAN HARAP BANTUAN BANJIR, KALAU KITA BELUM BANJIR...

Saya tak minta orang persaorang, kumpulan atau mana-mana organisasi waima kerajaan sekali untuk membantu The RIGHTS, saya tidak mahu menadah tangan kepada semua bukan kerana takbur atau sombong, tetapi jika mereka sudi bersama Alhamdulillah saya memanjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana mereka telah dibuka pintu untuk bersama-sama saya dan The RIGHTS.

Namun kini saya amat bersyukur kerana ramai orang perseorangan, organisasi malah pegawai-pegawai kerajaan sangat membantu, terutama YB Dato’ Mukhriz Mahathir, MITI Putrajaya, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pegawai-Pegawai Kanan dan Kakitangan GABEM, Badan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Majlis Perundingan Melayu (MPM), MARA dan agensi-agensi lain yang mungkin saya terlepas pandang.

Kepada Siswazah / Graduan yang ingin memohon untuk masuk dalam program ini adalah dipelawa dan beratus syarikat awam (Berhad) dan syarikat sendirian berhad akan diperbadankan pada waktu terdekat ini, syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

    * Siswazah / Graduan daripada Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta dalam atau luar Negara yang tamat pengajian tidak melebihi (10) tahun dan umur tidak melebihi 40 tahun atau Siswazah yang masih menuntut tahun akhir di IPTA / S.
    * Pemohon hendaklah memiliki kelulusan Ijazah atau Diploma dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Malaysia Qualifying Agency (MQA) (dahulu dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN).
    * Terbuka kepada semua rakyat Malaysia (Bumiputera).
    * Mestilah pengusaha sepenuh masa.

Antara peluang yang kini telah disediakan oleh The RIGHTS selain daripada apa yang telah disebutkan di atas beberapa syarikat juga telah sedia untuk diperbadankan bagi menjalankan aktiviti perniagaan yang telah disediakan, antara syarikat-syarikat yang akan diperbadankan adalah seperti berikut:

Negeri Perlis

o    The RIGHTS (Arau) Berhad
o    Kangar - The RIGHTS (Perlis) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Padang Besar) Berhad

Negeri Kedah

o    Sungai Petani – The RIGHTS (Kedah) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Langkawi) Berhad
o    The RIGHTS (Jerlun) Berhad
o    The RIGHTS (Kubang Pasu) Berhad
o    The RIGHTS (Padang Terap) Berhad
o    The RIGHTS (Pokok Sena) Berhad
o    The RIGHTS (Alor Setar) Berhad
o    The RIGHTS (Kuala Kedah) Berhad
o    The RIGHTS (Pendang) Berhad
o    The RIGHTS (Jerai) Berhad
o    The RIGHTS (Sik) Berhad
o    The RIGHTS (Merbok) Berhad
o    The RIGHTS (Baling) Berhad
o    The RIGHTS (Padang Serai) Berhad
o    The RIGHTS (Kulim) Berhad

Negeri Pulau Pinang.

o    Bayan Baru – The RIGHTS (Penang) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Kepala Batas) Berhad
o    The RIGHTS (Tasek Gelugor) Berhad
o    The RIGHTS (Bagan) Berhad
o    The RIGHTS (Permatang Pauh) Berhad
o    The RIGHTS (Bukit Mertajam) Berhad
o    The RIGHTS (Batu Kawan) Berhad
o    The RIGHTS (Nibong Tebal) Berhad
o    The RIGHTS (Bukit Bendera) Berhad
o    The RIGHTS (Tanjong) Berhad
o    The RIGHTS (Jelutong) Berhad
o    The RIGHTS (Bukit Gelugor) Berhad
o    The RIGHTS (Balik Pulau) Berhad

Negeri Perak

o    Gopeng – The RIGHTS (Perak) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Gerik) Berhad
o    The RIGHTS (Lenggong) Berhad
o    The RIGHTS (Larut) Berhad
o    The RIGHTS (Parit Buntar) Berhad
o    The RIGHTS (Bagan Serai) Berhad
o    The RIGHTS (Bukit Gantang) Berhad
o    The RIGHTS (Taiping) Berhad
o    The RIGHTS (Padang Rengas) Berhad
o    The RIGHTS (Sungai Siput) Berhad
o    The RIGHTS (Tambun) Berhad
o    The RIGHTS (Ipoh Timur) Berhad
o    The RIGHTS (Ipoh Barat) Berhad
o    The RIGHTS (Batu Gajah) Berhad
o    The RIGHTS (Kuala Kangsar) Berhad
o    The RIGHTS (Beruas) Berhad
o    The RIGHTS (Parit) Berhad
o    The RIGHTS (Kampar) Berhad
o    The RIGHTS (Tapah) Berhad
o    The RIGHTS (Pasir Salak) Berhad
o    The RIGHTS (Lumut) Berhad
o    The RIGHTS (Bagan Datok) Berhad
o    The RIGHTS (Telok Intan) Berhad
o    The RIGHTS (Tanjung Malim) Berhad

Negeri Selangor

o    Shah Alam – The RIGHTS (Selangor) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Sabak Bernam) Berhad
o    The RIGHTS (Sungai Besar) Berhad
o    The RIGHTS (Hulu Selangor) Berhad
o    The RIGHTS (Tanjong Karang) Berhad
o    The RIGHTS (Kuala Selangor) Berhad
o    The RIGHTS (Selayang) Berhad
o    Gombak – The RIGHTS Admiral (M) Berhad – telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Ampang) Berhad
o    The RIGHTS (Pandan) Berhad
o    The RIGHTS (Subang) Berhad
o    The RIGHTS (Kuala Langat) Berhad 
o    PJU - The RIGHTS Vision 9 Berhad – telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Klang) Berhad
o    The RIGHTS (Kota Raja) Berhad 
o    The RIGHTS (Serdang) Berhad
o    The RIGHTS (Puchong) Berhad
o    The RIGHTS (Kelana Jaya) Berhad
o    The RIGHTS (PJS) Berhad 

Wilayah Persekutuan

o    Putrajaya – The RIGHTS (Putrajaya) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Kepong) Berhad
o    Bandar Tun Razak – The RIGHTS (Bandar Tun Razak) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Batu) Berhad
o    The RIGHTS (Wangsa Maju) Berhad
o    The RIGHTS (Segambut) Berhad
o    The RIGHTS (Setiawangsa) Berhad
o    The RIGHTS (Titiwangsa) Berhad
o    The RIGHTS (Bukit Bintang) Berhad
o    The RIGHTS (Lembah Pantai) Berhad – telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Seputeh) Berhad
o    The RIGHTS (Cheras) Berhad

Negeri Sembilan

o    Seremban – The RIGHTS (N. Sembilan) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Jelebu) Berhad
o    The RIGHTS (Jempol) Berhad
o    The RIGHTS (Kuala Pilah) Berhad
o    The RIGHTS (Rasah) Berhad
o    The RIGHTS (Rembau) Berhad
o    The RIGHTS (Telok Kemang) Berhad
o    The RIGHTS (Tampin) Berhad

Negeri Melaka

o    The RIGHTS (Masjid Tanah) Berhad
o    The RIGHTS (Alor Gajah) Berhad
o    The RIGHTS (Tangga Batu) Berhad
o    The RIGHTS (Bukit Katil) Berhad
o    Kota Melaka – The RIGHTS (Melaka) Berhad
o    The RIGHTS (Jasin) Berhad

Negeri Johor

o    The RIGHTS (Segamat) Berhad
o    The RIGHTS (Sekijang) Berhad
o    The RIGHTS (Labis) Berhad
o    The RIGHTS (Pagoh) Berhad
o    The RIGHTS (Ledang) Berhad
o    The RIGHTS (Bakri) Berhad
o    The RIGHTS (Muar) Berhad
o    The RIGHTS (Parit Sulong) Berhad
o    The RIGHTS (Ayer Hitam) Berhad
o    Sri Gading – RightShoppe International Berhad – telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Batu Pahat) Berhad
o    The RIGHTS (Simpang Renggam) Berhad
o    The RIGHTS (Kluang) Berhad
o    The RIGHTS (Sembrong) Berhad
o    The RIGHTS (Mersing) Berhad
o    The RIGHTS (Tenggara) Berhad
o    The RIGHTS (Kota Tinggi) Berhad
o    The RIGHTS (Pengerang) Berhad
o    The RIGHTS (Tebrau) Berhad
o    The RIGHTS (Pasir Gudang) Berhad
o    Johor Bahru - The RIGHTS (Johor) Berhad – telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Pulai) Berhad
o    The RIGHTS (Gelang Patah) Berhad
o    The RIGHTS (Kulai) Berhad
o    The RIGHTS (Pontian) Berhad
o    The RIGHTS (Tanjong) Berhad
o    The RIGHTS (Piai) Berhad

Negeri Pahang

o    The RIGHTS (Cameron Highlands) Berhad
o    The RIGHTS (Lipis) Berhad
o    The RIGHTS (Raub) Berhad
o    The RIGHTS (Jerantut) Berhad
o    The RIGHTS (Indera Mahkota) Berhad
o    The RIGHTS (Kuantan) Berhad
o    The RIGHTS (Paya Besar) Berhad
o    The RIGHTS (Pekan) Berhad
o    The RIGHTS (Maran) Berhad
o    The RIGHTS (Kuala Krau) Berhad
o    The RIGHTS (Temerloh) Berhad
o    Bentong – The RIGHTS (Pahang) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Bera) Berhad
o    The RIGHTS (Rompin) Berhad

Negeri Terengganu

o    Besut – The RIGHTS (Besut) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Setiu) Berhad
o    The RIGHTS (Kuala Nerus) Berhad
o    Kuala Terengganu - The RIGHTS (Terengganu) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Marang) Berhad
o    The RIGHTS (Hulu Terengganu) Berhad
o    The RIGHTS (Dungun) Berhad
o    The RIGHTS (Kemaman) Berhad

Negeri Kelantan

o    The RIGHTS (Tumpat) Berhad
o    The RIGHTS (Pengkalan Chepa) Berhad
o    Kota Bharu – The RIGHTS (Kelantan) Berhad – Telah diperbadankan
o    The RIGHTS (Pasir Mas) Berhad
o    The RIGHTS (Rantau Panjang) Berhad
o    The RIGHTS (Kubang Kerian) Berhad
o    The RIGHTS (Bachok) Berhad
o    The RIGHTS (Ketereh) Berhad
o    The RIGHTS (Tanah Merah) Berhad
o    The RIGHTS (Pasir Puteh) Berhad
o    The RIGHTS (Machang) Berhad
o    The RIGHTS (Jeli) Berhad
o    The RIGHTS (Kuala Krai) Berhad
o    The RIGHTS (Gua Musang) Berhad

Negeri Sabah.

o    The RIGHTS (Kudat) Berhad
o    The RIGHTS (Kota Marudu) Berhad
o    The RIGHTS (Kota Belud) Berhad
o    The RIGHTS (Tuaran) Berhad
o    The RIGHTS (Sepanggar) Berhad
o    Kota Kinabalu – The RIGHTS (Sabah) Berhad
o    The RIGHTS (Putatan) Berhad
o    The RIGHTS (Penampang) Berhad
o    The RIGHTS (Ranau) Berhad
o    The RIGHTS (Keningau) Berhad
o    The RIGHTS (Tenom) Berhad
o    The RIGHTS (Pensiangan) Berhad
o    The RIGHTS (Beluran) Berhad
o    The RIGHTS (Libaran) Berhad
o    The RIGHTS (Batu Sapi) Berhad
o    The RIGHTS (Sandakan) Berhad
o    The RIGHTS (Kinabatangan) Berhad
o    The RIGHTS (Silam) Berhad
o    The RIGHTS (Semporna) Berhad
o    The RIGHTS (Tawau) Berhad
o    The RIGHTS (Kalabakan) Berhad

Negeri Sarawak

o    The RIGHTS (Mas Gading) Berhad
o    The RIGHTS (Santubong) Berhad
o    Petra Jaya - The RIGHTS (Sarawak) Berhad
o    The RIGHTS (Bandar Kuching) Berhad
o    The RIGHTS (Stampin) Berhad
o    The RIGHTS (Kota Samarahan) Berhad
o    The RIGHTS (Mambong) Berhad
o    The RIGHTS (Serian) Berhad
o    The RIGHTS (Batang Sadong) Berhad
o    The RIGHTS (Batang Lupar) Berhad
o    The RIGHTS (Sri Amin) Berhad
o    The RIGHTS (Lubok Antu) Berhad
o    The RIGHTS (Betong) Berhad
o    The RIGHTS (Saratok) Berhad
o    The RIGHTS (Tanjong Manis) Berhad
o    The RIGHTS (Igan) Berhad
o    The RIGHTS (Sarikei) Berhad
o    The RIGHTS (Julau) Berhad
o    The RIGHTS (Kanowit) Berhad
o    The RIGHTS (Lanang) Berhad
o    The RIGHTS (Sibu) Berhad
o    The RIGHTS (Mukah) Berhad
o    The RIGHTS (Selangau) Berhad
o    The RIGHTS (Kapit) Berhad
o    The RIGHTS (Hulu Rajang) Berhad
o    The RIGHTS (Bintulu) Berhad
o    The RIGHTS (Sibuti) Berhad
o    The RIGHTS (Miri) Berhad
o    The RIGHTS (Baram) Berhad
o    The RIGHTS (Limbang) Berhad
o    The RIGHTS (Lawas) Berhad

Lain-lain Syarikat

o    The RIGHTS Perwira Berhad - Sedang diperbadankan
o    The RIGHTS Resources Berhad - Sedang diperbadankan
o    The RIGHTS Hardware Industrial Berhad - Sedang diperbadankan
o    The RIGHTS Agriculture Berhad - Sedang diperbadankan
o    The RIGHTS Halal Food Industries Berhad - Sedang diperbadankan

Satu program jelajah ke semua negeri dan university akan diadakan pada tahun ini dan ianya telah bermula dengan UiTM Bandaraya Melaka dan Politeknik Shah Alam.

Oleh itu graduan / siswazah / belia yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini melalui taklimat-taklimat yang diatur, diminta menghantar maklumat-maklumat berikut untuk saya dan The RIGHTS melalui email : therights@rights.com.my 

1.        Nama Penuh :

2.        Nombor Kad Pengenalan :

3.        Nombor Telefon :

4.        Alamat Email :

5.        Alamat Surat Menyurat :

6.        Pendidikan :

Saya juga memohon kepada Kementerian, Agensi Kerajaan, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Usahawan-Usahawan, Usahawan The RIGHTS dan semua ahli menyebarkan maklumat ini dan The RIGHTS juga sedia bekerjasama untuk memberikan penerangan mengenai projek ini.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi The RIGHTS melalui alamat dan nombor telefon seperti di bawah:

The RIGHTS Berhad
Wabilahitaufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


No comments:

Post a Comment