Thursday, November 11, 2010

The RIGHTS Multimedia dan NEF sedia menjalankan kerjasama

BANGI, SELANGOR 21 Mei - The RIGHTS Multimedia telah mengadakan perbincangan serius mengenai kerjasama dengan Persatuan Forum Usahawan ICT Bumiputera Malaysia (NEF).  Perbincangan yang berlansung lebih 2 jam telah menyetuh pelbagai kerjasama yang akan dilaksanakan bagi menjamin survivaliti usahawan-usahawan ICT Bumiputera seterusnya kepada siswazah dan graduan ICT Bumiputera yang berada melebihi 60,000 orang.

Perbincangan meliputi kerjasama, perlaksanaan serta aktiviti yang sedang dan yang akan dilaksanakan pada masa depan.  The RIGHTS telah diwakili oleh YBhg En. Haris Fadzlah, Presiden The RIGHTS dan YBhg En. Shahuzairi, Ketua Eksekutif The RIGHTS Multimedia manakala NEF telah diwakili oleh YBhg En. Ritakamal Timbalan Presiden NEF dan Cik Shariza Admin Eksekutif NEF.

NEF mempunyai keahlian lebih daripada 300 usahawan ICT daripada pelbagai bidang, manakala The RIGHTS Multimedia yang baru diperbadankan sebagai sebuah syarikat awam kini telahpun mengorak langkah untuk menjalankan perniagaan dengan mendaftar usahawan-usahawan ICT Bumiputera sebagai PANEL dalam bidang-bidang mereka selain itu, ia juga menjemput semua (graduan / siswazah / belia) pemain-pemain ICT untuk menjadikan The RIGHTS Multimedia sebagai landasan untuk mereka membina jaringan dan mewujudkan peluang perniagaan dan pekerjaan.

The RIGHTS Multimedia Berhad kini sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah premis perniagaan untuk mengumpul semua produk ICT di bawah satu bumbung. 

Selain itu, The RIGHTS Multimedia juga akan menyelaras semua keperluan ICT di bawah Projek GENOME X yang kini telah mempunyai lebih 26 syarikat awam The RIGHTS dengan keahlian (usahawan) lebih 5,000 orang.  The RIGHTS Multimedia juga sedang menjalankan kajian terperinci keperluan ICT oleh NGO-NGO atau Badan-Badan Afiliasi GABEM yang kini telah mencecah lebih 170 badan NGO dengan keahlian usahawannya hampir mencecah 1 juta.

The RIGHTS Multimedia dan NEF akan menjalankan kajian bersama dan akan mengagihkan projek-projek ICT kepada usahawan-usahawan yang berdaftar sebagai ahli NEF atau The RIGHTS Multimedia sahaja.

Oleh itu, Presiden The RIGHTS menyeru kepada pemain-pemain ICT dan Multimedia untuk bergabung di bawah landasan The RIGHTS Multimedia / NEF.  Kerana hanya dengan bersatu dan bekerja dalam kumpulan yang besar ini akan mampu memberikan impak atau kesan yang besar dalam industri ICT di negara ini.

...The Rights Berhad

No comments:

Post a Comment