Thursday, November 11, 2010

INFORMASI :Taklimat projek .. dari Universiti ke Industri.. kepada AJK Keusahawanan Politeknik berjaya

TANJUNG MALIM, PERAK 10 Nov - The RIGHTS telah dijemput oleh Unit Pengurusan Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memberikan peneranga mengenai projek dari Universiti ke Industri yang sedang dilaksanakan oleh The RIGHTS. 

Taklimat telah disampaikan oleh YBhg En. Haris Fadzlah Mat Ali, Presiden The RIGHTS sendiri kepada lebih 30 Ahli Jawatankuasa Keusahawanan Politeknik di seluruh negara sempena dengan mesyuarat penulisan & pelaporan aktiviti keusahawanan 2010 dan perancangan aktiviti 2011.

Taklimat dan majlis penerangan tersebut bermula jam 3.30 petang dan telah tamat pada jam 05.30 petang.  Ahli mesyuarat telah menyuarakan pelbagai soalan kepada Presiden The RIGHTS dan majlis berada dalam penuh semangat untuk sama-sama menyumbang kepada pembangunan keusahawan di kalangan penuntut politeknik.
Sifat keusahawanan haruslah dimulakan sejak mereka (penuntut di politeknik) menjejakkan kaki ke pusat pengajian dan diikuti dengan program-program kesinambungan serta landasan yang tepat untuk mereka terus menjadi usahawan apabila keluar daripada pusat-pusat pengajian.

Ahli mesyuarat juga mengemukakan soalan bahawa ramai daripada penuntut di pusat-pusat pengajian ini tidak berminat untuk menjadi usahawan kerana melihat keusahawanan ini satu bidang yang sangat payah dan susah menyebabkan mereka memilih untuk keluar mencari kerja.

Dalam jawapan kepada pertanyaan tersebut, Presiden The RIGHTS menyatakan, bahawa keusahawanan memang satu kerjaya yang sangat mencabar dan memerlukan banyak komitmen dan pengorbanan.  Namun perkara ini boleh dikurangkan dengan mewujudkan kumpulan-kumpulan usahawan daripada pelajar di IPTA / S.  Mereka (siswazah) diberikan bimbingan dan motivasi berterusan disamping belajar untuk berfikir secara kreatif dengan menggunakan innovasi yang tinggi.  Presiden The RIGHTS juga menambah, sebenarnya tidak payah untuk mendidik siswazah menjadi usahawan kerana mereka mempunyai kelebihan berfikir diluar kotak, cuma yang perlu ialah peluang dan bimbingan berterusan.

Diakhir perbincangan Presiden The RIGHTS menjemput semua ahli mesyuarat untuk hadir ke Bengkel Transformasi Ekonomi Bumiputera yang akan diadakan pada 27 Nov 2010.  Ini kerana kebolehan memberi input ahli mesyuarat juga sangat berguna dalam 16 kluster yang akan dibentuk nanti.

...The RIGHTS

No comments:

Post a Comment